Wednesday, May 25, 2011

16th Anniversary with Mama - Thanks for the creative video.

Tuesday, April 26, 2011

Lagu Kau dan Aku

Lagu kenangan, hadiah dari seseorang yang teristimewa. Love u so much.

Friday, March 25, 2011

Umrah Mac 2011

Family Melaka akhirnya disahkan tiket dan penerbangan ke Saudi untuk mengerjakan umrah melalui pakej Abrar Travel Sdn Bhd. Trip kali ini bermula dari 10hb Mac 2011 - 22hb Mac 2011. Semua sekali 7 orang termasuk Adib dan Azim. Banyak bebudak pelajari kali ni, macam mana nak tawaf, saie dan sebagainya. Di bawah ni beberapa gambar di sana untuk kenangan.









Saturday, March 05, 2011

First Update 2011

Sekejap masa berlalu, since last update October 2010. Sebenarnya banyak nak diceritakan, dari bulan ke bulan, dan bertukar tahun, apa yg dapat dicatatkan di sini adalah ringkasan sebagai kenangan bila masa pantas berlalu.

October berlalu begitu pantas kerana banyak fokus diberikan pada projek UKM yang mana deadline nya 28/02/2011. Alhamdulillah, atas fokus dan komitmen yg baik, semua tu seperti dirancang.

November banyak aktiviti, bermula dengan menyambut birthday 3/11... erm dah tambah lagi setahun. Ummi dan Mama bergabung tahun ni untuk hadiah besar... iPhone4. Terima kasih semua. Celebrate secara kecil-kecilan sahaja sebab jatuh pada hari kerja. Diulang sambut sekali lagi masa weekend dengan anak2.

December musim cuti sekolah, maknanya musim jalan2 dan musim yang dinanti-nantikan. Kalau ikut plan asal, December ni ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah, tapi visa Umrah tak dikeluarkan oleh kedutaan Arab sampai end of February.. projek kami ditangguh sampai cuti March 2011. Untuk memenuhi December 2010 ni, kami pun plan secara ad-hoc... nasib baik semua berjalan lancar.

Mulakan journey as tourist di negeri sendiri, rupanya banyak jugak tempat di Melaka sendiri yg dah lama tak pergi... kami pergi museum2 sekitar kapal replika di Bandar Hilir dan beberapa tempat menarik sekitarnya...



Lepas tu layan jugak aktiviti-aktiviti riadah, berkayak, jogging dan berenang dan main air di Wonderland.





Dah puas dekat Melaka, kami pun berpindah ke tempat-tempat menarik di KL, antaranya Cosmo World, Petrosains, Aquaria etc. Di sini, sempat upload beberapa gambar menarik aje... mana boleh nak sumbat semua kan.

Ni akibat layan abang2 dia main yg extreme2... mabuk dan rasa loya dan nak muntah lepas main DNA Mixer di Cosmo World, Berjaya Times Square. Hampir 1 jam jugak untuk hilang rasa 'MIXED DNA'nya tu. Dah tua rupanya, he he he...



As long u all happy...





Along dan Alan... erm, masa ni dah tak join... sebab tak nak mabuk free lagi.



Journey December 2010 tak berhenti di KL sahaja, kami ke Perlis stay 1 malam, sempat ke Padang Besar. Hajat hati nak ke Gua Kelam, tapi ditutup sebab jambatan dalam gua tu runtuh. Sempat berjalan2 sekitar Perlis dan makan seafood di Kuala Perlis. Perkembangan terbaru di Kangar, sekarang dah ada Bowling... ok jugak, at least ade aktiviti walaupun musim hujan.






Pagi esoknya, awal dah keluar ke Kuala Perlis supaya dapat naik ferry awal ke Langkawi. Alhamdulillah, masih ada tiket awal pagi... walaupun Jeti nampak sesak.

Sampai di Langkawi, kami sewa Innova untuk 4 hari 3 malam tu. Pulau Langkawi ni kalau dah musim cuti sekolah, memang sesak... tapi apa nak buat dah namanya cuti. Kami stay di Hotel berdepan dengan Pantai Chenang. Kami tak ler terkejar2 sebab banyak hari di situ. Memang semua tempat kami pergi walaupun bukanlah kali pertama ke sana. Yang tempat baru kami pergi Pulau Payar... walaupun tak boleh lawan Pulau2 di Pantai Timur, ade jugak ler anak2 jerung yang boleh puaskan hati bebudak ni pergi Pulau Payar ni.











Last day, kami main di Pantai Chenang je... masing-masing try jetski dan lain2...









Friday, October 15, 2010

Aktiviti May 2010 Lalu

Scuba diving adalah satu aktiviti yang menarik. Aku, ummi dan yati (adik) dah pun memulakan kelas dari tahun lepas lagi (Sept 2009)... dan akhirnya, pada May 2010, kami pun menamatkan kelas kami tu di Tioman, scuba diving di open water. Alhamdulillah, semua dah dapat sijil kebenaran scuba dari NAUI.

Untuk kelas anak2 (Azfar, Azlan dan Azri)... diorang akan masuk dan buat terus di Tioman, dijangkakan dalam bulan Mac, 2011. Lepas tu baru semua boleh enjoy aktiviti scuba ni... kalau mama nak join sekali pun Mac 2011 ni, dialu-alukan...


Sedang menyiapkan peralatan sebelum turun ke laut.


Bergambar beramai-ramai sebelum memulakan aktiviti di open water.


Kami bergambar didasar laut. Arus agak kuat dan suasana agak kabur di dalam tu.

Ini aje ler gambar yg sempat diuploadkan kali ni. InsyaAllah, kalau ada umur dan rezeki, Mac 2011, lebih menarik dengan gelagat2 anak2 yang join sekali.

Thursday, October 14, 2010

Update.

Ni dah hampir pukul 2 pagi. Rasa tak dapat nak lelapkan mata selepas seharian bertungkus lumus di client site, CUCMS.

Ni nak update sikit blog yg dah lama tak di lawati ni. Biase lah, dah asyik dengan FB, laman ni cuma untuk letakkan nukilan2 bagi ingatan sepanjang hidup ini.

Ni nak update sikit pasal hari raya aidilfitri yg lepas. Alhamdulillah, semua berseronok di aidil fitri kali ini sebab semua dapat bersama di satu tempat. Bukan senang nak dapat schedule yang macam ni, ... macam gerhana bulan yg datang sekali sekala. Semua akibat kesibukan dgn aktiviti seharian kalau di hari2 biasa.



Macam biasa bergambar di pagi aidilfitri, dan buat koleksi setiap tahun. Dapat lihat balik perkembangan family ni dari setahun ke setahun. Allah maha kaya dan melimpahkan rahmatNya bagi kami semua.



Mama dan Ummi yang cantik di pagi raya. Tanpa kamu siapa lah aku.



Post istimewa buat tahun ni. Semoga berjumpa lagi di tahun akan datang.

Sunday, April 25, 2010

Family Day

Agak lama tak update blog ni. Terlalu banyak perkara yang memerlukan perhatian. Especially projek-projek yang dah sampai peringkat yang kritikal.

Anyway, sempat jugak meluangkan masa dengan family pada 15 Apr 2010 hari tu ke Genting, sempena cuti Melaka Bandaraya Bersejarah. Kali ni berbeza sikit, sebab my big-family semua pergi. Suka tengok semua happy, dan semoga berkekalan hingga ke syurga.


**Luv U Till The End **



** Dah Penat, Makan Sweet Potato **