Wednesday, November 04, 2009

Thanks for the roses...



Bunga Mawar merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.

Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga, oleh itu dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah satu bunga asing bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu.

Bunga Mawar mempunyai keharuman yang lemah dan tidak sekuat bunga tempatan. Ini mungkin disebabkan bunga Mawar tidak banyak mempunyai persaingan.

Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.

Thanks mama for the roses.

Tuesday, November 03, 2009

Melangkah Umur 40 Tahun.

"Life Begin at 40" - Betul ke statement tu?? Apa-apa pun, yang paling penting, aku bersyukur kepada Allah kerana meminjam dan memberikan aku kehidupan di dunia selama ini. Dan memohon agar Allah panjangkan umur dan memberikan rahmat ke atas diri ini dan ahli keluarga semua.

Menjelang genapnya umur ke-40, orang-orang yang tersayanglah yang paling sibuk merangka program-program meraikannya. Simple but so sweet.

Malam menjelang 3hb November 2009, dalam kesibukan Ummi menjalankan urusan kerjanya di Shah Alam... sempat balik ke KL untuk makan malam bersama. Hari ni ummi belanja... makan di Naili's Ampang. Memang tersandar lepas tu ...

Lunch tengahari 3hb November 2009, mama mewakilkan one of IKCM Staff, Maz... sponsor makan tengahari di Domino Pizza, Giant Hypermarket... bersama kek dari Secret Recipe.

Thanks to both of you ... I appreciate it so much, dan moga kasih sayang kita semua sentiasa bercambah tanpa sempadan.

Anak-anak tak lupa juga... Azlan balik dari rombongan ke Perlis dan Penang, sempat belikan ayah baju jersey Chelsea. The price does not matter.., keikhlasan dan ingatan tu yang membuatkan ayah gembira.

Kepada semua yang telah menghantarkan ucapan-ucapan dan doa, terima kasih banyak-banyak.


Bunga dari Ummi.


Kek Creative Mama.


Baju Sumbangan Azlan.