Sunday, December 07, 2008

Update ...

Dah dekat setengah bulan tak menulis dalam blog ni... just nak update aktiviti weekend. Last week, dari 28hb November 2008 sampai 2hb December 2008, ada macam-macam aktiviti perlu diselesaikan di Kelantan... berkenaan projek UMK yang dah sampai ke penghujung.

Mama sampai KL jumaat petang tu, lepas serahkan kunci kereta pada MakSue, kami terus bertolak ke Kelantan. Dalam perjalanan, kami singgah di Lata Iskandar, in between Tapah - Tanah Rata, Cameron Highland. Macam biasa semua nak berhenti rehat di sini sebab ada air terjunnya yang cantik dan memang tak sah kalau tak singgah. Teruskan perjalanan melalui Cameron Highland, terperangkap pulak dengan tanah runtuh... dekat 45 minit tunggu untuk JKR clear kan ...

Sampai di Kota Bahru pukul 1:30 pagi (Sabtu)... penat betul driving dalam keadaan hujan dan jalan licin. Sepanjang di Kota Bahru, tak kelihatan pun matahari, asyik hujan. Hari kedua, Pangkalan Chepa dan beberapa tempat berdekatan dinaiki air. Nasib baik sempat pergi rumah Pak Uteh sebelum tu. Athirah dah 5 bulan ... sekejap jer nanti dah pandai berjalan pulak.

Hari Isnin malam tu ada Majlis Santapan Bersama Tuanku Canselor, UMK anjurkan. Kami dijemput memeriahkan lagi majlis tu ... My hero semua kat hotel ... alhamdulillah semua ok ... boleh jugak harap abg-abg nya jaga adik Ajim. Ayah dan Mak balik pukul 12:15am tu ... Ajim dah tidur.

Hari Selasa tu, kami mula bertolak balik dari Kota Baru. Sebelum keluar dari KB, rasa tak sah kalau tak singgah di Kawasan Perusahaan Serunding tak jauh dari Hotel Renaissance. Masing-masing berminat nak cuba dan nak tahu macam mana Serunding dibuat. Kami pun belilah serunding, keropok bersira sambal, dan berbagai lagi produk perusahaan kampung ... niat tu nak memaju dan menyokong perniagaan orang2 kita... memang sedap dan tak rugi beli.
Dalam perjalanan balik, kami melalui jalan pantai... sebab dengarnya di Kuala Krai dah naik air dan dah tutup jalannya ke Gua Musang. Kami singgah berehat di Pekan Pasir Puteh tengahari tu ... Cantik jugak Masjid Jamek yang baru ni ... sebenarnya tak lah baru sangat ...





Apabila hampir sampai ke Kuala Terengganu, kami terpaksa berpatah balik sampai ke Setiu sebab jalan dari Setiu ke KT terputus disebabkan air sungai dah naik.. dari Setiu kami mengambil jalan pantai untuk ke KT. Serik rasanya kena berlari2 mengelakkan banjir ni... nasib baik lepas sahaja KT, dah tak de jalan2 yang rendah sampai ke selatan...


Kami singgah di Dungun melawat Along Dungun, dah nampak uzur dah dia ... harapan dan doa agar dia cepat sembuh... dan untuk kakLong, harap dapat bersabar dengan dugaan Allah ni.

Kami sampai KL pukul 12:30am Rabu tu... penat tak terkira.