Sunday, December 20, 2009

Aktiviti Mingguan

Ahad 20th December 2009, pagi-pagi lagi dah melawat tapak projek di rumah mak Bedah... Ni projek tambak tanah dan buat longkang ... projek keluar duit ... bukan untuk masyuk duit. Kebetulan Hospital Melaka dalam projek nak naik taraf kemudahan parking bertingkat, dan selaras dengan plan untuk menambak tanah yg dah dibeli 2 tahun lepas tu ... kami pun invest sikit untuk buat proper longkang di tanah tu. Dah banyak jugak dia tambak... Gambar2 projek tu ... tak sempat nak ambik tadi.

Lunch di Mydin dan terus main boling. Jemput busu Zamry dan wife main sekali. Ramai dan meriah ler jugak. Sampai pukul 5:30ptg baru habis.



Nasib baik ler Adib kecik lagi, kalau tak dia pun sibuk nak baling bola tu...



Malam dah tak larat, semua tidor awal.

Happy Birthday Azim.

Semalam birthday Azim (19th December 2009 - 4 years old). Kebetulan sama hari dengan anak kawan Mama dari Johor. So, kami pun buat sekali di rumah Melaka. 2 family yg sambut hari lahir anak2. Pagi tu macam biasa aku bawa anak2 berenang di Kolam Renang pukul 11:00am.



Sampai di rumah, semua tetamu dah sampai, birthday boy baru sampai. Lepas dia dah bersalin baju hensem, kitorang pun buat sikit majlis potong kek dan lunch sekali di rumah.

Menu hari ni ... Nasik Arab (versi Ayam) dari MakNgah Gemas, Lasagne (betul ke eja ni) Special dari auntie Azimah dari Skudai Johor, lauk-lauk macam sambal udang, buah-buahan dan minuman oleh tuan rumah sendiri. Buat kecil-kecilan je. Hari tu pulak hujan tak henti-henti ... memang lebat dan cuaca dingin sahaja.



Habis tu kami bergambar untuk kenang-kenangan. Banyak gambar2 cute, tapi cuma 2 ni jer yang sempat disumbatkan kat blog ni.

Sunday, December 13, 2009

Weekend - 12/12/2009

Hari ni dari pagi asyik berjalan sampai ler lepas isyak baru balik. Macam biasa pagi layan bebudak di Kolam Renang MPMBB, dari pukul 9:00am pagi sampai 10:45am. Happy tengok Abg Azim dah pandai dan berani berenang di kolam dalam. Cuma belum pandai nak naik ambik nafas lagi. Mungkin 1-2 weekend lagi insyaAllah boleh tu. Dah janji dengan dia, kalau dah pandai berenang, nanti nak berenang dengan ikan-ikan cantik di Tioman. Teruja betul dia.



Lepas tu pergi rumah Abg Rahmat (Bibik), kenduri kahwin anak dia di Taman Krubong Indah. Lepas pukul 1:30pm, ke rumah Pegawai Jabatan Pendidikan di Taman Elok, Bukit Serindit... anak dia melangsungkan pernikahan dan majlis kenduri.

Belum sempat sampai rumah, Nurul dan family dah sampai rumah... kawan Mama masa di UTM KL. Kebetulan dia datang Melaka bercuti di A-Famosa, dia singgah tengok Muhammad Adib. Lepas tu kami bercadang untuk menunggu matahari terbenam di Kuala Linggi sambil dinner seafood di Fort Supai... tempat ni cantik dan selesa. Sunset yang cantik kami saksikan di sini sebab kebetulan hari ni pemandangan sangat clear.



Lepas solat Maghrib di Restoran tu, kami menjamu hidangan yang dah dipesan. Menu hari ni Ikan Siakap masak Steam, Ikan Jenahak bakar (2 ekor), sotong bakar dan sotong goreng tepung, ketam masak black pepper, sup dan sayur. Masing-masing menjamu selera dengan begitu tawadduk sekali. Selesai makan dan rehat-rehat di situ (makan angin sepoi2 bahasa) kami pun bertolak balik, Nurul dan family melalui Port Dickson untuk balik ke Kapar... kami terus balik ke Gangsa. Sampai dah hampir pukul 9:45pm. Nasib baik Adib tak meragam ... suka dia dapat jalan-jalan.

Tuesday, December 08, 2009

Tahniah Azri - UPSR 5A.

Tahniah pada Azri sebab dapat 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ni. Macam biasa ler, apa yg dah dijanjikan, memang dia akan tuntut. PSP berkamera dan insentif tunai lebih RM150. Boleh dapat negotiate PSP biasa jer ... sebab yang berkamera tu macam tak berbaloi... sebab cuma 1.3 Megapixel jer. Tu dah kowtim.

Next, nak plankan ke arah mana dia nak tuju. Samada aliran agama atau aliran biasa menjadi pertaruhan dan perkiraan. Untuk memberikan masa berfikir, borang kemasukan ke Sekolah Agama Labu, MRSM dan kemasukan ke sekolah2 agama Melaka dah diisi dan dihantar. Harap-harap boleh ler dapat keputusan yang bijak sebelum 25hb December 2009 ni.