Monday, November 03, 2008

On My 39th Birthday - 3rd November.

1st November 2008 (Saturday)

Hari ni kami sekali lagi kena ke JB, hantar mama ada exam. Kali ni sampai di JB lebih awal. Lepas hantar mama, kami ke Hutan Bandar, JB... salah satu tempat rekreasi... sayang tak dapat nak ambil gambar, sebab bateri kamera terlupa nak charge.

Balik kami ikut jalan pantai, tak lalu highway. Kami lalu Pontian, Batu Pahat, Muar dan terus ke Melaka. Berhenti makan Seafood di Batu Pahat... walaupun plan asal nak makan Mee Bandung di Muar. Tapi takut sampai Muar semua dah selamat tidor, so berhenti jugak di Batu Pahat...

Kami makan ikan pari bakar (pilihan Azfar), Telur Bungkus (pilihan Azri), LeyCheeKang (pilihan ayah) ... sayur kangkung ... dan sup ekor (pilihan Azlan). Sampai Melaka pukul 10:30pm.

Tahniah pada mama, dah habis belajar... Convo bulan March 2009. After this, weekend akan kami habis kan di rumah ... sebab dah lama weekend kami always on the move... Tahniah sekali lagi mama, you are very focus with what you want in life. We all support you.

2nd November 2008 (Sunday)

As planned, hari ni kami nak bawa makngah ke rumah tukang urut di Lubuk Redan... bunyi macam di Indonesia ... just 30km from our home je. Makngah last week kena disc slip, kesian dia. Memanglah sakit ... so sementara nak tunggu appointment doktor tu yang lambat sangat, kami rasa ada baiknya kami minta tolong kat tempat yg kami selalu pergi urut tu. Azfar, Azri dan Azlan tak nak ikut ... dia tahu nanti kena menunggu lama... Bila sampai kat sana, slot petang dah penuh... kena pergi malam pulak ... so kami balik semula dan berborak kat rumah kami ... Dah lama tak berbual dengan mak, hampir 3 jam jugak dapat berbual dengan dia dengan makngah. Malam tu kami sekali lagi hantar makngah ke rumah tukang urut tu ... balik pukul 11:45pm.

3rd November 2008 (Monday)

Sampai rumah pukul 12:15am ... buka jer pintu ... dah ada kek dengan lilin terpasang ... mama wish happy birthday ... thanks for everything mama. Yang lain-lain dah di alam mimpi.
Pagi-pagi lepas mandi dan solat, kami pun makan kek dan lepas tu masing-masing menjalankan tugas di pagi Isnin ni.


Kek Cappucino Ice Cream... bestnya... tak sempat nak ambil gambar masa dia sempurna ... ni dah 60% nak habis ... nasib baik sempat ambil gak ...

Hadiah atas meja.

Kek dan Kad...

bunga...

Semua hadiah ni dari orang-orang yang tersayang... Thanks for loving me ... and may Allah bless us always.


1 Comments:

Blogger Unknown said...

Assalam
Ada no telefon tukang urut di kg Redan tu tak, T.kasih

4:51 PM  

Post a Comment

<< Home